Wednesday, February 24, 2010

Tentera Udara Filipina merancang mendapatkan helikopter dan pesawat pengangkut

Helikopter bantuan tempur PZL W-3 sokol (foto: moddb.com)


Tentera Udara Filipina sedang mengikuti keputusan untuk memperolehi 8 buah helikopter bantuan tempur dan sebuah pesawat pengangkut C-130H serta 3 pesawat pengangkut kecil

Perkhidmatan ketenteraan negara berkenaan juga telah memutuskan untuk membeli 8 buah helikopter bantuan tempur Sukol W-3 daripada PZL Swindik yang berpusat di Poland menambahkan peruntukan sebanyak $65 billion. Penghantaran akan di buat hujung tahun ini.

Jurucakap pihak tentera berkata, kontrak yang ditandatangan dan dibiayai oleh kerajaan itu telah berlangsung beberapa tahun dahulu sebagai salah satu Program Modenisasi Angkatan Tentera Filipina.

Jurucakap pihak tentera dalam satu kenyatan lagi memetik, keperluan ini adalah sejajar memenuhi keperluan anggotanya terutama di Mindanoa yang merupakan markas utama Pejuang Islam Mindanao (MILF)

Sehingga kini pihak tentera Filipina hanya menggunakan 2 buah C-130Hs, 2 buah Fokker F-27s dan 12 buah GAF Nomads seperti yang telah dinyatakan Flightglobal's MiliCAS Database

1 comment:

  1. Sehebat macam mana pun teknologi tentera, pasti tidak dapat menundukkan perang hutan/gerila. Patutnye disertakan sekali dengan pengimbas haba..

    ReplyDelete