Wednesday, February 24, 2010

Tentera Udara Filipina merancang mendapatkan helikopter dan pesawat pengangkut

Helikopter bantuan tempur PZL W-3 sokol (foto: moddb.com)


Tentera Udara Filipina sedang mengikuti keputusan untuk memperolehi 8 buah helikopter bantuan tempur dan sebuah pesawat pengangkut C-130H serta 3 pesawat pengangkut kecil

Perkhidmatan ketenteraan negara berkenaan juga telah memutuskan untuk membeli 8 buah helikopter bantuan tempur Sukol W-3 daripada PZL Swindik yang berpusat di Poland menambahkan peruntukan sebanyak $65 billion. Penghantaran akan di buat hujung tahun ini.

Jurucakap pihak tentera berkata, kontrak yang ditandatangan dan dibiayai oleh kerajaan itu telah berlangsung beberapa tahun dahulu sebagai salah satu Program Modenisasi Angkatan Tentera Filipina.

Jurucakap pihak tentera dalam satu kenyatan lagi memetik, keperluan ini adalah sejajar memenuhi keperluan anggotanya terutama di Mindanoa yang merupakan markas utama Pejuang Islam Mindanao (MILF)

Sehingga kini pihak tentera Filipina hanya menggunakan 2 buah C-130Hs, 2 buah Fokker F-27s dan 12 buah GAF Nomads seperti yang telah dinyatakan Flightglobal's MiliCAS Database

TNI-AU merancang membeli pesawat tempur Super Tucano

EMB-314/A-29B Super Tucano (foto : bayourimage)

Ketua Staf Angkatan Udara Marsyal TNI Imam Sufaat berkata TNI AU merancang membeli satu skuadron (16 unit) pesawat tempur Super Tucano buatan Brazil sebagai pengganti pesawat tempur OV-10 yang telah dilucut tauliah sejak tahun 2007.

Imam berkata pembelian pesawat Super Tucano ini memerlukan anggaran peruntukan berjumlah US$250 juta. "Pada awalnya dianggarkan hanya US$200 juta, tapi kerana maklumat dari kos pengeluaran yang meningkat, maka anggarannya melebihi US$13 juta per unit. Oleh yang demikian, TNI AU mengusulkan tambahan anggaran US$50 juta tahun 2010 sehingga jumlah anggaran menjadi US$250 juta," kata Imam saat Rapat Kerja dengan Komisi I DPR bersama Menteri Pertahanan Purnomo Yusgiantoro.

Rapat Kerja tersebut juga dihadiri oleh Panglima TNI Jenderal Djoko Santoso, Kepala Staf Angkatan Laut, Laksamana Agus Suhartono, Wakil Menhan, Jenderal TNI Sjafrie Sjamsuddin, dan wakil Kasad Letjen TNI Yohanes Suryo Prabowo yang digelar di ruang Pejabat I DPR Senayan Jakarta, Senin (22/2).

Kasau menjelaskan, rencana pembelian pesawat Super Tucano ini telah diprogram dalam dua tahun anggaran iaitu tahun 2009 dianggarkan US$148 juta dan tahun 2010 sebanyak US$52 juta.

Menurut Imam, keunggulan pesawat jenis super tucano ini bukan hanya terletak pada harganya yang murah jika dibandingkan dengan pesawat tempur jenis F-16, malah yang menarik ialah kos operasinya. Untuk satu jam operasi pesawat Super Tucano hanya memerlukan US$70.

"Saya berharap Komisi I DPR, Menhan dan Panglima TNI bisa mendukung realisasi lebih cepat pembelian pesawat Super Tucano tahun 2010 ini," katanya.

Kasau juga menjelaskan, pesawat Super Tucano ini merupakan pesawat tempur taktikal yang berfungsi sebagai counter insurgency, dan sebagai pesawat remote air control .

Di Brazil, menurut Kasau, pengoperasian pesawat Super Tucano ini berjaya mengurangkan pembalakan haram, trafficking. "Spesifikasi pesawat tempur Super Tucano ini lebih baik dan lebih besar. Digunakan sebagai pesawat temput taktikal dan counter insurgency serta remote air control, dan juga akan digunakan sebagai pesawat intai," katanya.

Kasau menambahkan, proses pembelian pesawat Super Tucano sudah berjalan sejak 2007, dan proses pengumuman juga sudah berjalan. TNI AU termasuk Komisi I DPR jangkawaktu 2004-2009 sudah melakukan peninjauan di pabriknya pada Februari 2007.

Menurutnya, TNI AU sangat memerlukan pembelian pesawat temput jenis Super Tucano untuk menggantikan pesawat temput jenis OV-10 yang dilucut tauliah setelah ada kemalangan pada 4 Oktober 2007. (ST/OL-7)

--Media Indonesia

Tuesday, February 23, 2010

Tentera Darat tubuh pasukan helikopter tempur



Helicopter yang sedang dalam perkhidmatan dan perancangan Unit Udara TDM (foto : Kaskus Militer)


Tentera Darat (TD) mengorak langkah dalam perkembangan pertahanan negara dengan menubuhkan unit helikopter tempur dalam Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD).

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin berkata, cadangan penubuhan unit helikopter tempur PUTD itu dijangka berhasil dalam pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) kelak.

Jelasnya, kewujudan unit helikopter tempur itu penting bagi operasi melumpuhkan keupayaan musuh seperti memusnahkan kereta kebal, tempat perlindungan dan formasi pasukan peperangan musuh.

Kata beliau, permohonan mendapatkan helikopter tempur serta bilangan pesawat yang diperlukan itu telah dibuat melalui Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kementerian Pertahanan.

“Bilangan ideal bagi sesebuah pasukan helikopter tempur TD adalah di antara enam sehingga 12 buah, tetapi jumlah sebenar yang kami mohon tidak dapat saya nyatakan di sini,” katanya pada sidang akhbar di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sempena sambutan ulang tahun ke-77 TD pada 1 Mac depan.

Bagaimanapun, kata Muhammad Ismail, perolehan dan penubuhan unit helikopter tempur PUTD itu akan diputuskan oleh kerajaan berdasarkan kemampuan serta keperluan semasa.

--Utusan Malaysia

Perkhidmatan Pesawat MIG-29N Akan Diteruskan

TUDM Mig-29N, kekal untuk 5 tahun lagi (foto:Malaysian Militer)


Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan menimbang untuk mengekalkan perkhidmatan pesawat pejuang itu atas beberapa faktor, antara lain keadaan ekonomi negara yang belum pulih sepenuhnya.


Sebelum ini, kerajaan merancang untuk melupuskan pesawat buatan Russia itu dengan menjual kepada negara ketiga dan menggantikannya dengan pesawat jenis jet pejuang pelbagai fungsi (MRCA).

"Walaupun kita berhasrat untuk mendapatkan pesawat MRCA, tetapi keadaan ekonomi negara belum mengizinkan," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), di sini, pada Selasa.

Selain itu, Ahmad Zahid berkata kementeriannya turut mengambil kira saranan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blognya agar pesawat MiG-29N terus digunakan.

Oleh itu, katanya, kemampuan peralatan dalam pesawat berkenaan akan dipertingkatkan mengikut keperluan semasa dengan Aerospace Technique System Corporation Sdn Bhd (ATSC) diberikan tugas melakukan baikpulih dan rombak rawat (MRO).

Katanya, kerajaan sebelum ini dijangka dapat menjimatkan RM260 juta setahun hasil daripada penamatan perkhidmatan pesawat itu pada 31 Dis tahun ini.

Sementara itu, Panglima TUDM, Jen Datuk Seri Rodzali Daud berkata walaupun perkhidmatan pesawat itu akan diteruskan tetapi ia hanya melibatkan 10 pesawat daripada 16 keseluruhannya.

"Bukan semua akan diterbangkan semula, sesetengah daripadanya telahpun dilucutkan tauliah," katanya.

Sempena lawatan itu, Ahmad Zahid membuat tinjauan udara selama 45 minit dari Kuantan ke Dungun, Terengganu, dengan menaiki pesawat jenis BAE Hawk 108 yang dipandu oleh juruterbang Kol. Azhari Mohd Yusof dengan diiringi sebuah lagi pesawat sama dan dua pesawat MiG-29N.

-- Bernama

Friday, February 19, 2010

Kerosakan kapal selam pertama negara sudah diperbaiki


Kerosakan pada sistem saluran air bertekanan tinggi pada kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman sudah diperbaiki sepenuhnya.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bahawa kapal selam itu sudah boleh menyelam semula semalam bagi memulakan ujian perairan tropika pertamanya sejak tiba ke tanah air pada 3 September tahun lalu.

"Pihak pembekal yang membaiki kerosakan itu mengesahkan ia sudah dibaiki.

''Bahkan, saya dijemput untuk menyertai anak kapal itu menyelam pada Isnin ini bagi membuktikan KD Tunku Abdul Rahman bersedia untuk sebarang operasi," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Wisma Pertahanan di sini hari ini.

Hadir sama Panglima ATM, Tan Sri Azizan Ariffin dan Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

Mengulas lanjut Ahmad Zahid menjelaskan, proses memperbaiki kerosakan itu tidak melibatkan sebarang kos kerana kapal selam itu masih dalam jaminan syarikat pembuat iaitu DCNS.

"Kita mengakui wujud sedikit masalah tetapi ia bukanlah isu yang patut diperbesarkan kerana kerosakan yang timbul adalah kerosakan mekanikal.

"Bagi sistem persenjataan yang sensitif seperti kapal selam, perkara seperti ini boleh berlaku tetapi yang penting rakyat perlu sedar bahawa kita mempunyai tenaga pakar yang dilantik bagi membaiki semua kerosakan yang berlaku," jelasnya.

Ditanya sama ada kerosakan itu mungkin disebabkan faktor perairan tropika, kerana sebelum ini tiada kerosakan semasa latihan di Perancis, Ahmad Zahid memberitahu, kemungkinan itu tidak boleh dinafikan.

Dalam pada itu, beliau menyelar sesetengah penulis blog yang terlalu ghairah mendedahkan rahsia sulit ketenteraan kepada pihak umum.Menurutnya, pihak tersebut perlu faham bahawa tidak semua rahsia ketenteraan negara boleh didedahkan kepada umum kerana ia membabitkan faktor keselamatan negara selain menjejaskan keyakinan rakyat terhadap keupayaan ATM.

Kerosakan pada KD Tunku Abdul Rahman didedahkan oleh Abdul Aziz baru-baru ini apabila memberitahu sistem saluran air bertekanan tinggi menyebabkan aset strategik itu tidak boleh menyelam kerana dikhuatiri membahayakan.

Kerosakan tersebut adalah kerosakan mekanikal kedua selepas kapal yang sama pernah mengalami masalah di bahagian sistem penyejuk air laut tetapi telah dibaiki pada 17 Disember lalu.

Negara membeli dua buah kapal selam Scorpene buatan Perancis dengan kerjasama Sepanyol yang dinamakan sebagai KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak.

Scorpene yang diperoleh negara merupakan kapal selam tempur berenjin diesel antara paling canggih di dunia pada masa kini.

Selain dilengkapi sehingga 18 torpedo, KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak juga boleh melancarkan peluru berpandu anti-kapal permukaan Exocet SM-39.

Pada masa masa kapal selam itu turut membawa 30 pemusnah periuk api serta mampu menyelam sehingga kedalaman 300 meter.

--Utusan Malaysia

Ternyata ilmu yang ditimba di Perancis telah diterapkan secara mendalam oleh anak-anak kapal selam kita sehingga berjaya mengesan kerosakan kecil tersebut sebelum menjadi lebih kritikal

MMEA To Station Three AW319 Helicpoters In Sabah Next Year

MMEA 's AW319 Helicpoter (foto : flickr.com)

The Malaysian Maritime Enforcement Agency (MMEA) plans to station three AW319 helicopters here next year to strengthen its enforcement capability, Sabah and Labuan maritime enforcement chief First Admiral Mohd Taha Ibrahim said.

He said the Italian-made helicopters were expected to arrived in October and would undergo tests before being flown to Sabah.

Apart from enforcement, the helicopters would also be used in search and rescue operations, he added.

"Sabah has a vast maritime area and we hope that with the helicopters, we can further enhance our capability in helping the government to deal with the entry of illegal immigrants into Sabah.

"According to plan, the three helicopter will be stationed in Kota Kinabalu. The air surveillance will also cover Sarawak until such time that the Sarawak MMEA has its own air squadron," he told reporters after attending the agency's Chinese New Year celebration here.

He said the MMEA how has its own squadron with three helicopters in Subang.

Meanwhile, he said, the Sabah MMEA carried out 502 checks from January this year to yesterday, which saw the arrest of 62 people
--Bernama

Wednesday, February 17, 2010

Mencari pengganti Inderapura

Kapal KD Sri Inderapura sebelum mengalami kebakaran (foto: Utusan Malaysia)

PEMODENAN aset-aset ketenteraan merupakan langkah ke arah mentransformasikan sesebuah pasukan angkatan tentera menjadi pasukan yang seimbang, berwibawa, bersepadu dan bersedia menghadapi cabaran dalam menghadapi sebarang konflik.

Tidak ketinggalan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), yang kini semakin giat melaksanakan pemodenan ketenteraan dengan penuh profesionalisme dalam usaha memperkukuhkan lagi struktur angkatannya.

Keunggulan ATM jelas terserlah apabila angkatan itu kini memiliki aset yang kukuh dengan bilangan kapal perang dan pesawat pejuang terbaru.

Perolehan kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dalam inventori terkini angkatan itu misalnya menjadikan ATM semakin gah di mata dunia.

Pembelian beberapa aset untuk cabang-cabang perkhidmatan ATM juga amat tepat selaras dengan hasrat angkatan itu untuk menjadi satu organisasi yang cekap dan siapsiaga.

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) misalnya sedang berusaha untuk membuat perolehan baru untuk keperluan operasi kerana faktor keusangan kapal-kapal perang yang telah dimamah usia melebihi 25 tahun dan penyerahan sebahagian kapal-kapal ronda sedia ada kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Aset terkini

Justeru, TLDM kini giat berusaha menambah aset terkini seperti perolehan kapal selam, kapal frigat pelbagai guna, kapal kecil 'Littoral Combatant Ship (LCS)', kapal frigat latihan, kapal penangkis periuk api dan helikopter anti kapal selam demi mempertingkatkan tahap kesiagaan setanding negara jiran.

Sehubungan itu, TLDM sejak lima tahun lalu telah pun merencanakan program memperoleh kapal logistik pelbagai guna terutama bagi melengkapi kegunaan Pasukan Angkatan Bersama (PAB) kerana kapal-kapal sedia ada tidak mampu menampung keperluan tersebut.

Malah, kegunaan mendesak bagi Operasi Fajar mengawasi keselamatan kapal-kapal dagang di Teluk Aden di Somalia menyaksikan TLDM melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) terpaksa mengubah suai kapal kontena Bunga Mas 5 milik MISC Bhd. sebagai kapal bantuan pelbagai guna.

Sehubungan itu, Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2009 yang berlangsung di Pusat Pameran Antarabangsa (MIEC) Langkawi pada 1 hingga 5 Disember lalu dilihat sebagai platform terbaik untuk TLDM mencari aset barunya dengan menjadikan kapal-kapal perang asing yang hadir sebagai panduan.

Kebanyakan kapal asing yang datang berlabuh di Awana Porto Malai di Pulau Langkawi itu merupakan kapal sokongan pelbagai guna (MSS) yang mempunyai pelbagai fungsi dan TLDM dilihat perlu memilikinya sebagai aset ketenteraan negara yang baru.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan sememangnya sedang mempertimbangkan untuk memiliki tiga kapal MSS menjelang 2015 bagi memperkukuhkan kawalan keselamatan di perairan negara.

Langkah itu, katanya, diperkukuhkan lagi dengan kejadian kapal pengangkut milik TLDM, iaitu KD Sri Inderapura yang terbakar ketika berlabuh di Pangkalan TLDM Lumut pada 8 Oktober tahun lalu.

"Jadi ketika ini negara hanya memiliki sebuah kapal pengangkut iaitu KD Sri Indera Sakti dan dengan itu ATM berpendapat negara harus memiliki kapal lain yang mempunyai pelbagai fungsi selain kapal pengangkut," katanya.

Antara kapal perang asing yang hadir memeriahkan segmen maritim sempena LIMA 2009 lalu ialah dua kapal dari Pakistan iaitu PNS Khaibar dan PNS Moawin, ROKS Chungmugong Yi Sun Shin dan ROKS Dokdo dari Korea dan BRP Quezon dan BRP Dagupan City dari Filipina.

Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) pula menghantar kapal pemusnah USS Mustin, Singapura pula dengan Formidable, Australia dengan HMAS Glenelg, Thailand (HTMS Songkhla) dan INS Kesari dari India.

Kesemua kapal asing itu mempunyai kelebihan dan kecanggihannya yang tersendiri.

Persoalannya, adakah Malaysia terutamanya melalui TLDM sudah menemui kapal yang sesuai untuk dijadikan aset terbaru pasukan itu bukan sahaja untuk mencari pengganti KD Sri Inderapura tetapi dalam usaha TLDM memiliki sebuah kapal MSS yang canggih dan mencapai tahap dominan bagi mengawasi perairan negara jika berlaku ancaman hebat.

KD Sri Inderapura kini telah musnah dan tidak boleh digunakan lagi akibat kerosakan total dalam kejadian kebakaran itu dan ia seperti sukar diperoleh di pasaran selain faktor alat ganti terlalu mahal.

Adakah TLDM akan membeli kapal baru itu dari Korea Selatan, Jerman atau Perancis bagi menggantikan KD Seri Inderapura. Kerajaan Korea Selatan juga dikatakan bersedia memberi sebuah kapal pendarat sebelum kapal baru disiapkan.

Ahmad Zahid berkata, kerajaan akan membuka tender termasuk di peringkat antarabangsa untuk membuat penilaian mengenai harga, reka bentuk dan spesifikasi kapal sebelum membuat pembelian.

"Buat masa ini kita juga telah menghantar pegawai ke beberapa negara untuk meninjau dan membuat penilaian mengenai kapal tersebut," katanya.

Menurutnya, jika tiada sebarang masalah, kemungkinan kerajaan akan memulakan pembelian kapal menggantikan Inderapura pada pertengahan tahun ini.

Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) sememangnya sudah ada perancangan ATM untuk memiliki kapal MSS bagi menyediakan keperluan ketiga-tiga perkhidmatannya dalam sesuatu misi.

Selepas tragedi kebakaran yang menimpa KD Sri Inderapura, hanya dua kapal logistik iaitu KD Sri Indera Sakti dan KD Mahawangsa yang tinggal dan situasi ini sangat meruncing untuk mengatur gerak keperluan-keperluan semasa yang sangat mendesak.

Sebagai peningkatan terhadap aset sedia ada di samping memperkasakan keupayaan mobiliti Angkatan Bersama ATM, kapal MSS sepatutnya berupaya untuk mengangkut pesawat helikopter, kenderaan-kenderaan seperti kereta kebal, kereta perisai dan anggota tentera dalam jumlah yang besar ke lokasi operasi yang dirancang.

Kapal logistik terbesar yang pernah dimiliki TLDM setakat ini ialah KD Sri Inderapura.

Kini, sudah tiba masanya negara memiliki sekurang-kurangnya sebuah kapal sokongan pelbagai guna atau MSS ke arah mengoptimumkan keupayaan pertahanan negara.

Walaupun bebas dan selamat daripada ancaman musuh, negara masih memerlukan peralatan dan kelengkapan yang gah. Jika tidak, negara akan ketinggalan dalam aspek kecanggihan teknologi perkapalan terkini.

Sekiranya perkara demikian tidak diambil kira, tidakkah negara luar akan melihat Malaysia masih menggunakan kapal lama dalam usaha menjaga perairan negara sekali gus beranggapan negara tidak serius dan mengambil ringan aspek keselamatan perairan negara.

-- Utusan Malaysia